Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog ini ....
\
semua yang anda maklum...Jata Negara ini tersedia pada tahun 1895
Sejarah Jata Negara
Kronologi Jata Negara Kerajaan Malaysia
Jata Negara pada tahun 1895
Jata Negara pada tahun 1948
Jata Negara pada tahun 1963
Jata Negara pada tahun 1965
Jata Negera yang terkini
Jata negara Malaysia telah melalui beberapa siri perubahan yang digunakan oleh kerajaan persekutuan. Persamaan jata negara kita menyamai karakteristik Heraldic Eropah .
Keterangan rekaan logo
Kuning : Melambangkan sistem Beraja
Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan budaya melayu
Di tengah jata negara, perisai dibahagikan kepada 10 bahagian.
Merah, Putih, Kuning dan Hitam melambangkan Persekutuan Tanah Melayu(Perak, Selangor, Pahang and Negeri Sembilan).
5 Keris melambangkan negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah and Perlis).
sebelah kanan dan kiri melambangkan Melaka and Pulau Pinang.
Di tengah pula negeri Sabah and Sarawak. Di sebelah bawah pula Bunga kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya.
(Sebelum ini, di sebelah tengah adalah dikhaskan untuk singapura tetapi diubah selepas singapura terkeluar dari Kerajaan persekutuan.)
Sejarah
Versi asal jata negara kebangsaan negara kita pernah digunakan sejak dari zaman kerajan persekutuan tanah melayu lagi di mana pada asalnya melibatkan 4 negeri iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Ianya diperkenalkan pada tahun 1895. Motto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah. (Under Allah’s Protection)
Selepas Kerajaan persekutuan melayu dibentuk pada tahun 1948, lambang kebangsaan diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol Mahkota diubah kepada simbol bulan dan bintang. Perisainya pula mengandungi 5 keris dan lambang pulau pinang(Princess of Wales feathers) dan melaka (A Famosa). Motto diubah kepada Bersekutu Bertambah Mutu, kedua-duanya ditulis dalam bahasa melayu (Jawi) dan bahasa inggeris.
Lambang jata negara diubah buat kali keduanya selepas penggabungan Kerajaan persekutuan Malaysia, Singapura, negeri Sabah dan Sarawak diletakkan di sebelah bawah perisai tersebut. Lambang negeri Melaka dan Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang dan pokok melaka. Ianya hanya diperkenalkan pada tahun 1963 dan bertahan selama dua tahun kemudian.
Selepas Singapura meninggalkan persekutuan, lambang tersebut diubah lagi dengan pengguguran lambang singapura. Lambang bunga raya pula digantikan.
Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik. Sedikit perubahan pada simbol negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara terkini digunakan sehingga sekarang.
Sekian sahaja pada kali ini...Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk baca blog ini bersama.
sumber dari : http://suhadradzal.blogspot.my/2013/01/sejarah-jata-negara.html
TERIMA KASIH !!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan